- Persatuan ini telah di asaskan oleh Allahyarham Mahaguru Mohd.hussain bin Haji Mohd.Salleh (BKM,PJK).Juga dikenali sebagai Hussain silat/bomoh.Beliau dilahirkan pada malam jumaat 03hb MAC 1983 bersamaan dengan 02 Muharam 1357.
- Pada tahun 1955,beliau telah keluar da merantau dari Negeri Kedah selama 4 tahun pada umur beliau 17 tahun.Beliau mula belajar silat dalam masa 1 bulan 26 hari sahaja.Beliau juga pernah bermimpi belajar silat selama 7 malam berturut-turut.dalam masa 4 tahun beliau berusaha untuk menuntut ilmu zahir dan juga batin untuk digunakan dalam menolong orang-orang sakit dan sebagainya.
- Pada tahun 1958 beliau mula mengajar silat sehingga ke akhir hayat beliau.Beliau meninggal dunia pada hari Khamis 11hb JANUARI 2001.
- Selepas beliau meninggal dunia,semua pelajar-pelajar yang telah mempelajari silat daripada Allahyarham telah berusaha untuk menyambung kembali SILAT GAYONG KUNTAU JAWA DAN TOMOI ini supaya tidak hilang ditelan zaman.
- Pada masa kini masih terdapat beberapa orang GURULATIH yang masih aktif dalam mengajar silat ini sebagai satu seni mempertahankan diri serta kebudayaan da juga kesenian orang-orang melayu.
Bangunan Silat Gayong Kuntau Jawa Dan Tomoi Negeri Kedah. Batu 15,Simpang Tiga Sungai Limau Luar 06680 Yan,Kedah Darul Aman
Ahad, 17 April 2011
PENGENALAN PERSATUAN DAN MAHAGURU MOHD.HUSSAIN BIN HAJI MOHD.SALLEH
Persatuan ini dinamakan "PERSATUAN SILAT GAYONG KUNTAU JAWA DAN TOMOI" NEGERI KEDAH DARUL AMAN.Telah didaftarkan pada 02hb OKTOBER 1968.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan